Final Exam


minggu depan da star final exam...aku tak study lagi ni...apsal la ko ni..kembalilah ke jalan yang lurus..jangan main2 lagi. ni dok lagi depan computer..dah..dah bangun pegi solat zohor...

raya 2008


hmm..raya tahun ni biasa je..aku tak pegi beraya mana2...
tahun ni first time kitorang tak balik kampung. ye la..mak aku baru bersalin..ada la dalam dua bula..
tapi tu bukan sebab utamanya...sebenarnya keta dah tak muat nak angkut kitorang anak-beranak...
keta bapak aku keta protn saga lama...adik beradik aku lak dah 9 orang..mana nak sumbatkan..
and satu lagi aku dah jadi mak cik tahun ni..baru dapat anak buah..hu..hu..apa lah nasib..

Nazam Lebaran


( 1 )
Berdendang mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam lebaran

Bertingkah rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah alunan berkisah
Nazam lebaran

( ulang 1 )

Kuduskanlah kemaafan
Tuluskan keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah (kepadanya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia

Dendang mari berdendang
Dendang lagu lebaran
Tingkah mari bertingkah
Alun nazam lebaran

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Bergemalah nazam lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah ( kepadana)
Laungkanlah ( kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

Puji pada Ilahi
Takbir di pagi mulia (2x)
Raikan
Lebaran
Di hari kemenangan

( ulang 1 )

Suara Takbir


Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

( ulang dari korus )

Bila Raya Menjelma


Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta

Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza

( korus )
Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kitalupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

( ulang dari korus )

Lagu Gembira


Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu


Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

( 2 )

Ho... ho... ho... ho...
Ho... ho... ho... ho...

Ha ha ha ha...

Ha ha ha ha...

Ha ha ha ha...

( korus )
Ku menghibur hati duka
Hilang nestapa datang suka
Bintang di balik awan senyum
Lalala... Lalala...
Lalala... Lalala...

( ulang 1, 2, korus )

Lalala... Lalala...
Lalala... Lalala...

Kuih batang buruk


Bahan Kulit:
1. 400g tepung gandum
2. 200g kelapa parut putih, digoreng keperangan, biar sejuk & kisar halus
3. 2 camca tepung beras
4. 1 biji telur - dipukul
5. 2 camca serbuk penaik
6. garam secukupnya
7. 4 camca marjerin
8. air secukupnya
9. minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1. 200g kacang hijau
2. 180g gula kaster
Penyedian inti: Kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga berbau harum. Bila sejuk, kisar dengan gula hingga hancur, ketepikan.

Penyedian
Gaul tepung, kelapa goreng, tepung beras, telur, serbuk penaik, garam dan marjerin hingga sebati. Masukkan air dan uli menjadi doh. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 30 minit. Ambil sedikit, canai hingga nipis. Kemudian potong lebar anggaran 2cm (panjang 3.5-4cm). Lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan. Doh mesti keras sedikit agar gulungan tadi kekal bentuknya. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Bila sejuk, sumbat dengan inti.

Abu Durjana

Kisah ni berlaku masa aku 7 tahun. Di suatu petang yang indah...aku berjalan-jalan sambil menghirup udara segar kat belakang umah bersama adik aku. Masa tu kitorang dua beradik je. Yang lain-lain tu tak lahir lagi. Tak silap aku dalam tahun 1991 la...Tiba-tiba kitorang nampak Kak Nor berjalan-jalan sambil menghirup udara segar sama cam kitorang gak. Tak tahu la nape best sangat jalan2 kat belakang umah yang penuh ngan reban and pokok ubi, pokok petai dan pelbagai macam pokok tu..Dia ditemani oleh seekor monkey. Kitorang kenal sangat lah monkey tu. Nama dia Abu...Memang famous satu estet tu. Kadang2 kitorang gi melawat dia. Selalunya dia ditambat kat bawah pokok jambu batu. Kitorang selalu gak usik monkey tu. Saje nak tengok dia marah. Ala..kena tambat berani la kacau kan..Sambung balik cite tadi..so kitorang pun berjalan lah ke arah Kak Nor dan monyetnya tu. Alih2 moyet tu gigit kaki aku. Mak........huah..ha....sakitnya..kurang hasam punye monyet. Biru beb peha aku. Sampai sekarang aku takut ngan monyet...Ni sume monyet yang bernama Abu punye pasal

Kueh2 Yang Pasti Ada Kat Umah Aku

Tempeyek

Kuih Ros


Kuih Buah Rotan

Kuih Siput

Kek Coklat Brownies


Bahan-bahannya:
180gm mentega [cairkan]
300gm gula
1-1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
180gm tepung serba guna* }
125gm serbuk koko } di ayak bersama
2 sudu besar susu segar
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Caranya:
1. Panaskan oven -130°C. Griskan dulang pembakar berukuran 8x8 inci [square pan].
2. Adukkan mentega, gula dan vanila dalam mangkuk. Tambahkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam; masukkan telur sedikit demi sedikit. Tambahkan susu.
3. Aduk campuran sehingga rata dengan menggunakan mixer.
4. Masukkan adunan kedalam pan, bakar selama 40 - 45 minit atau sehingga bahagian tepi brownies lekang dari dulang pembakar.
5. Sejukkan pada suhu bilik. Potong persegi. Curahkan coklat cair diatasnya.

COKLAT
2-1/2 sudu mentega
50gm coklat masakan [cairkan]
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu gula halus
1 hingga 2 sudu susu segar

air panas

Caranya:
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk tahan panas. Dan rendamkan mangkuk tersebut ke dalam air panas [diisikan dalam mangkuk yang lebih besar]. Biarkan bahan-bahan lembut/cair dan aduk sehingga sebati

Biarlah Rahsia


Pernah kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu
Mungkin Nanti kau Jua Merasakan
Berdepan dengan Kata Yang Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiada Ku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata-Kata
Bertulangkan Dusta
Pernah Kau Bermimpi […]

Destinasi Cinta


Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan
Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir
Chorus
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
Verse 2
Mimpiku Semalam
Kau […]

Salam

Slam Ramadhan untuk semua...

Followers

Singgah Sekejap


ShoutMix chat widget
My Photo
putri
I Love Nature
View my complete profile
Powered by Blogger.