Rahsia Tarikh Lahir

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ’setaraf’ juga.

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan ‘last minutes’.

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya…. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia.

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!

Golongan Yang Pertama Masuk Syurga

Manusia yang pertama masuk syurga adalah Rasulullah SAW, menyusul kemudian adalah Abu Bakar Siddiq. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kelompok pertama yang akan masuk syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang. Mereka saling bergandingan tangan hingga masuk syurga semuanya. Wajah mereka seperti bulan purnama" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa mereka adalah orang yang tidak meruqyah (jampi berunsur syirik) dan tidak meminta dirukyah (dijampi), tidak melakukan tathayyur dan hanya bertawakkal kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

"Adapun 3 orang yang pertama kali masuk syurga adalah syuhada, seorang hamba yang tidak disibukkan oleh dunia dan taat kepada Rabbnya, dan orang fakir yang memiliki tanggungan namun ia menjaga diri dari meminta-minta" (HR Ahmad)

"Orang-orang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang-orang kaya kerana mereka tidak memiliki sesuatu untuk dihisab. Selisih waktu keduanya adalah 40 tahun" (HR Muslim)

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya "Hadiul Arwah" menyimpulkan bahawa tidak semua penduduk syurga yang pertama kali masuk syurga akan lebih tinggi kedudukannya daripada yang terakhir. Boleh jadi yang terakhir mendapat darjat yang lebih agung, seperti orang kaya yang pandai bersyukur dan bertaqarrub kepada Allah dengan kebajikan dan sedekah.

Kegunaan Daun Sirih

1- Mengilangkan Bau Badan
Takde siapa pun suka badan mereka berbau kan...Cuba lah minum air rebusan daun sirih. Minum segelas pagi dan segelas lagi waktu petang. Kenalah amal selalu sampai badan anda tak berbau lagi ye..

2- Menghilangkan Mulut Berbau
Masalah mulut berbau ni pun sering menganggu kita. Membuat kan kita tak selesa nak bercakap dengan orang kan..Petuanya, guna daun sirih gak. Ambil beberapa helai daun sirih dan ramaskan. Bubuh air sikit, lepas tu kumurlah dengan air sirih tu ye..

3- Menajamkan Gunting
Kalau nak tahu daun sirih berguna jugak untuk menajamkan gunting. Caranya, ambil 10 hingga 15 helai daun sirih. Lepas tu gunting lah daun-daun sirih tu sampai halus. Hasilnya mesti gunting tu tajam semula. Cubalah...

4- Menghindari Rasa Mual Waktu Hamil
Caranya, rebus 3 helai daun sirih bersama setengah genggam daun asam muda. Jerang sampai air rebusan tu tinggal satu gelas. Minum 1/4 gelas pagi dan sisanya waktu malam. Insya Allah rasa mual akan kurang..

my fren wedding










lapar...

dah kol 2.24 petang.
masa untuk balik makan..laparnye...

KaWanKuuu KaAwiNNN















Hmm...sabtu ni kawan sepoliteknik aku akan berkahwin...dia orang melaka...dok kat telok gong, kuala sg baru...future husband dia orang mana ntah...

pastu ahadnye plak kawan baik aku satu sekolah pun akan berkahwin...dia budak sungai dua...future laki dia lak orang kelubi...

ape2 pun aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU ntok korang berdua...insya Allah kalo panjang umo and panjang kaki aku ni...sampai la kat uma korang yek..

Without You




No I can't forget this evening
or your face as you were leaving
but I guess that's just the way the story goes
you always smile but in your eyes your sorrow shows
yes it shows
No I can't forget tomorrow
when I think of all my sorrow
when I had you there but then I let you go
and now it's only fair that I should let you know
what you should know
I can't live
if living is without you
I can't live I can't give anymore
I can't live
if living is without you
I can't give
I can't give anymore
Well I can't forget this evening
nor your face as you were leaving
but I guess that's just the way the story goes
you always smile but in your eyes your sorrow shows
yes it shows
I can't live
if living is without you
I can't live
I can't give anymore
I can't live if living is without you
I can't live I can't give anymore
(No I cant live)
(No I cant live)
I cant live
(No I cant live)
(No I cant live)
If living is without you

Putri

Umur aku skang dah 24 tahun....tahun lepas aku baru je dapat adik yang ke-8. Oleh kerana aku merupakan anak yang sulung, so jumlah adik-beradik aku sumenye adalah 9.... Macam tak caya je ada adik kecil lagi waktu umur camni...Mak aku baru umur 41 tahun skang ni...dia kawin muda....dia lahirkan aku ke dunia yang penuh pancaroba ni masa umur dia 17 tahun...that's mean she married masa umo 16 tahun...muda kan...kalo bole aku pun nak kawin mude....he...baru lah nampak awet muda kan...

mencederakan diri


masa darjah satu aku selalu kena jalan kaki nak balik ke umah...eh tapi sampai skang pun aku kena jalan kaki nak balik hostel....tapi masa darjah satu aku dok estate...so kitorang kene jalan kaki dari tempat tunggu van tu sampai la ke umah aku...mula2 kena turun bukit..pastu merentas sungai..pastu..merentas semak lak...punye lah banyak pancaroba yang kitorang kene tempuh..tapi sebenarnya sungai tu kecik je..macam parit je..

kalo waktu balik aku ok je...sebab balik ramai2..tapi waktu g sekolah aku selalu kena jalan sorang2 sebab umah aku paling ujung...dan takde sape pun ingat nak tunggu aku...nak pegi tempat tunggu van sama2...sampai ati diaorang...dah la aku budak yang paling comel kat ctu..he..he..

satu ari waktu balik sekolah..sorang kawan aku ajak lalu jalan lain...kira lagi mencabar dari jalan yg kitorang selalu lalu...biasa lah masa budak2 dulu kan...sume benda nak cuba..

jalan tu kitorang kena turun bukit yang agak curam...nak dijadikan cite..aku telah terjatuh semasa menuruni bukit yg curam itu...padanlah muka aku....aku punyalah pandai turun bukit sambil berlari..teror lah konon..dah la kaki pendek..bawak lak beg sekolah yg berat dan besar gedabak tu...aku nangis kejap je..sebab aku takut nanti mak aku tanya lak kalo nampak muka aku dengan kesan air mata kat muka...mak aku tu garang giller...penah dia pukul aku pakai kepala tali pinggang...sakit siot...

sampai kat umah aku terus tukar baju and g makan...aku tak rasa ape2 pun lepas jatuh tu...kaki ngan tangan aku luka ckit..mak aku tanya kenapa...aku pun kelentong la ckp kawan aku tolak masa main kejar2 kat sekolah..pas makan mak aku suruh angkat baju....then baru aku perasan tangan kanan aku tak bole angkat..aku dah cuak...tp jari bole gerak....apa2 pun aku tak akan bagi tahu mak aku...bahaya nanti dia tanya macam2...

tapi malangnya bapa aku lak perasan masa aku angkat baju tu..dia tanya kenapa ngan tangan aku...aku cakap la tak bole angkat..bapa aku tak banyak tanya..dia agak mungkin sebab aku jatuh kena tolak ngan kawan aku tu..

pastu mlm tu aku diurut oleh pak cik tukang urut...huah...sakitnye..kena urut...besoknye aku tak g sekolah...

rahsia itu tersimpan rapi....tapi rahsia aku terbongkar akhirnya bila aku berusia 13 tahun...sebab masa tu aku tulis cerita tu kat dalam folio untuk subjek sejarah...mak aku tak cakap apa dah..cite dah basi pun...hu..hu...

Sway-pussycat doll

When marimba rhythms start to play
Dance with me, make me sway
Like a lazy ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more
Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
When we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me
Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have that magic technique
When we sway I go weak
I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Sway me, make me
Thrill me, hold me
Bend me, ease me
You have a way with me
Sway with me
Sway (sway) (Sway)
Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have that magic technique
When we sway I go weak
I go weak
I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Sway me
Sway me
Sway me now

Followers

Singgah Sekejap


ShoutMix chat widget
My Photo
putri
I Love Nature
View my complete profile
Powered by Blogger.