Golongan Yang Pertama Masuk Syurga

Manusia yang pertama masuk syurga adalah Rasulullah SAW, menyusul kemudian adalah Abu Bakar Siddiq. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kelompok pertama yang akan masuk syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang. Mereka saling bergandingan tangan hingga masuk syurga semuanya. Wajah mereka seperti bulan purnama" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa mereka adalah orang yang tidak meruqyah (jampi berunsur syirik) dan tidak meminta dirukyah (dijampi), tidak melakukan tathayyur dan hanya bertawakkal kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

"Adapun 3 orang yang pertama kali masuk syurga adalah syuhada, seorang hamba yang tidak disibukkan oleh dunia dan taat kepada Rabbnya, dan orang fakir yang memiliki tanggungan namun ia menjaga diri dari meminta-minta" (HR Ahmad)

"Orang-orang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang-orang kaya kerana mereka tidak memiliki sesuatu untuk dihisab. Selisih waktu keduanya adalah 40 tahun" (HR Muslim)

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya "Hadiul Arwah" menyimpulkan bahawa tidak semua penduduk syurga yang pertama kali masuk syurga akan lebih tinggi kedudukannya daripada yang terakhir. Boleh jadi yang terakhir mendapat darjat yang lebih agung, seperti orang kaya yang pandai bersyukur dan bertaqarrub kepada Allah dengan kebajikan dan sedekah.

0 comments:

Followers

Singgah Sekejap


ShoutMix chat widget
My Photo
putri
I Love Nature
View my complete profile
Powered by Blogger.